Ahad, 14 Februari 2016

Isteri Gersang di Ranjang - Salah Siapa?

Pada masa sekarang ramai para isteri gersang, betul ke? Kenapa perkara ini berlaku, bukankah wanita kaum yang pemalu dan kurang mementingkan tentang kepuasan seks?

Isteri gersang di ranjang


Fakta di atas mungkin boleh diguna pakai 10 tahun dahulu. Tetapi pada masa sekarang kaum wanita lebih berfikiran terbuka, termasuk isteri anda. Mungkin beliau tidak menunjukkannya di depan anda, tetapi percayalah kaum isteri pada masa sekarang lebih berminat tentang seks berbanding masa dahulu.

Faktor-faktor ini juga menyebabkan lebih ramai isteri gersang pada masa sekarang berbanding suatu waktu dahulu.

Masalah Isteri Gersang di Ranjang

Impian setiap suami adalah untuk memberikan yang terbaik untuk isteri mereka, termasuklah memuaskan nafsu isteri dalam hubungan seks.

Jika tak anda tentu tidak akan melayari laman web ini untuk mencari tip-tip yang boleh membantu anda membuat isteri puas ketika bersetubuh.

Malangnya tidak semua suami yang berjaya memuaskan isteri mereka dalam hubungan suami isteri di ranjang.

Anda pasti terkejut jika saya beritahu anda berapa ramai para isteri yang menghantar e-mel, dan menghantar mesej kepada saya di Facebook berhubung masalah rumahtangga mereka.

Masalah-masalah seperti tak puas dengan suami, suami pancut awal dan sebagainya adalah masalah biasa, dan saya cuba membantu sekadar termampu.

Tetapi ada yang agak kronik dengan mengakui mereka gersang dan menahan seksaan batin kerana tidak puas langsung ketika bersama suami.

Ada juga yang mengaku mereka terpaksa memuaskan diri sendiri dengan onani, atau melancap selepas setiap kali mengadakan hubungan seks dengan suami.

Jangan salah faham, mereka ini bukanlah bernafsu kuat tau ketagih seks. Semua wanita sebenarnya tidak akan memikirkan tentang seks sekiranya mereka benar-benar puas dalam hubungan seks.

Yang menjadikan mereka sentiasa bernafsu dan memikirkan kepuasan seks apabila nafsu mereka tidak dapat dipenuhi oleh suami. Ini menyebabkan mereka gersang dan ingin memuaskan nafsu mereka seberapa segera yang mungkin.

Walau bagaimanapun, terdapat juga para isteri yang lebih suka memendam perasaan dan cuba melupakan ketidakpuasan mereka dalam hubungan seks. Bagi mereka mungkin inilah jalan terbaik untuk menjaga keharmonian rumahtangga dan menjaga perasaan cinta mereka kepada suami.

Adakah ini jalan terbaik?

Sudah pasti tidak! Pemikiran seperti ini bukan sahaja akan memakan diri sendiri, tetapi juga akan memberi kesan buruk kepada keharmonian rumah tangga dalam jangka masa panjang.

Isteri gersang yang memendam perasaan secara tidak mereka sedar akan hilang selera untuk seks. Ini secara tidak langsung akan membuat mereka melayan suami di ranjang sekadar cukup syarat. Cukuplah asalkan suami puas.

Hasilnya hubungan seks suami isteri semakin hambar dan ini adalah antara punca-punca suami makan luar kerana tidak dilayan dengan sempurna oleh isteri di ranjang.

Memuaskan Isteri Gersang Dengan Ilmu Hubungan Seks

Cara paling mudah untuk memuaskan isteri anda dalam hubungan seks adalah dengan ilmu. Ilmu hubungan seks yang merangkumi teknik dan tip, bukan dengan ubat kuat atau makjun Do Re Mi.

Dah pelbagai artikel yang saya tulis di laman web ini yang mengandungi tip tentang teknik-teknik hubungan seks yang boleh anda praktikkan untuk memuaskan isteri anda.

Terdapat tip bagaimana untuk memuaskan isteri walaupun zakar pendek, kecil. Atau teknik posisi jimak yang sesuai untuk membuat isteri puas sehingga klimaks. Terdapat juga teknik seks oral yang boleh anda amalkan ketika foreplay untuk buat isteri pancut sebelum bersetubuh.

Anda cuma perlu luangkan sedikit masa anda untuk membaca artikel-artikel ini, dan amalkan teknik-teknik dan tip yang diberikan.

Walau bagaimanapun, jika anda tiada masa untuk melayari dan membaca artikel di laman web ini satu per satu, tetapi anda ingin ilmu yang telah terbukti akan menghilangkan masalah isteri gersang selama-lamanya, anda boleh dapatkan panduan E-buku yang telah saya terbitkan untuk membantu pasangan suami isteri menyelesaikan masalah-masalah yang sering berbangkit berkaitan hubungan seks suami isteri.

Panduan Kamasutra Bergambar ini mengandungi himpunan ilmu seks dari 4 kitab ilmu asmara yang telah terbukti berkesan membuat hubungan seks lebih nikmat dan asyik.

Jika sebelum ini anda menghadapi masalah gagal puaskan isteri sehingga isteri gersang, panduan ini akan membantu anda menyelesaikan masalah tersebut.

Klik di sini untuk mendapatkan Panduan Kamasutra Bergambar dan selesaikan masalah gagal puaskan isteri yang menghantui anda selama ini.

0 comments: