Selasa, 22 September 2015

Cara Memuaskan Nafsu Isteri

Nak tahu cara memuaskan nafsu isteri bukan sahaja di ranjang, tetapi setiap masa dan ketika.

cara memuaskan nafsu isteri


Pertama sekali tak susah untuk memuaskan nafsu isteri anda. Apa yang perlu anda lakukan ialah membuat isteri anda gembira.

Konsepnya di sini ialah jika isteri anda gembira, kehendak nafsu beliau akan dipenuhi dan secara langsung beliau akan puas di ranjang.

Cara Memuaskan Nafsu Isteri Setiap Hari

Ada suami yang benar-benar cuba untuk menggembirakan isteri mereka. Tetapi ada juga suami yang tidak ambil peduli, dan cuma menjalani kehidupan rumah tangga mereka dengan menunaikan tanggungjawab sebagai suami.

Anda tergolong dalam kategori yang mana?

Jika anda tergolong di dalam kategori suami kedua, ini adalah masanya untuk anda mengubah kehidupan anda dan cuba untuk menjadi suami dalam kategori pertama.

Bukan Hanya Seks

Kebanyakan suami hanya menganggap jika mereka dapat puaskan nafsu isteri di ranjang, isteri mereka akan puas dan gembira. Ini jauh dari benar.

Seks bukan segala-galanya dalam kehidupan berumah tangga. Saya akui seks adalah salah satu elemen yang amat penting dalam hubungan suami isteri, tetapi terdapat elemen-elemen lain yang perlu anda titik beratkan sebagai cara untuk memuaskan nafsu isteri.

Apa yang selalu berlaku ialah para suami cuma akan memberi tumpuan kepada isteri mereka dan menjadi romantik sekiranya mereka inginkan seks. Ini adalah perbuatan yang akan memudaratkan hubungan suami isteri.

Isteri anda bukan objek seks semata. Anda perlu sedar akan perkara ini dan mengubah sikap anda sekarang juga.

Menggoda Isteri Setiap Masa

Tidak salah jika anda memberi perhatian kepada isteri dan menggoda beliau walaupun anda tidak berkeinginan terhadap seks.

Zaman sekarang dengan kemajuan teknologi seperti WhatsApp, sungguh mudah untuk menggoda isteri setiap masa. Buang jauh-jauh ego anda dan gunakan kemudahan yang ada untuk membuat isteri anda berasa istimewa, setiap detik dan waktu.

Jangan terkejut jika anda amalkan perkara ini, anda tidak perlu meminta seks. Isteri anda pula yang akan meminta-minta tanpa perlu dipaksa.

Tak Pandai Nak Goda Isteri

Habis tu masa bercinta dulu macam mana? Saya tahu mereka yang telah lama berumah tangga secara tidak sedar akan menerima hakikat bahawa keintiman tidak begitu penting lagi dalam hubungan suami isteri.

Tanggungjawab terhadap anak-anak, perancangan kewangan, dan sebagainya menjadi prioriti utama berbanding keintiman hubungan suami isteri.

Ini ada benar dan ada yang salahnya. Semua perkara ini penting dan perlu diberikan perhatian dalam kehidupan berumah tangga. Tetapi apa yang anda perlu tahu ialah tidak susah sebenarnya nak goda isteri.

Tak perlu berhabis ratusan ringgit untuk makan malam romantik di restoran mewah. Atau percutian romantik di lokasi eksotik. Buang duit semua tu.

Anda perlu menjadi sedikit kreatif dan perhatikan kembali apakah kegemaran isteri anda. Jika beliau suka ber’shopping’, sekali-sekala penuhi keinginan beliau.

Tidak perlu belikan hadiah yang mahal-mahal. Isteri anda tak meminta pun. Apa yang beliau mahukan ialah perhatian anda kepada beliau.

Begitu juga ketika beliau bercerita dan meluahkan perasaan beliau. Beri perhatian dan jangan buat tak endah.

Perkara ini walaupun nampak mudah sangat-sangat membantu membina keintiman dalam rumah tangga anda berdua.

Kalau anda masih buntu dan ketandusan idea, Panduan 101 Idea Asmara yang saya tulis boleh membantu anda. Panduan ini mengandungi 101 tip idea untuk menggoda isteri anda.

Tip-tip ini telah dibuktikan boleh membuat isteri anda kembali jatuh cinta kepada anda.

Panduan ini saya berikan percuma sebagai Bonus bersama Pakej Kamasutra Bergambar. Jika ingin membuat isteri anda kembali bernafsu terhadap anda, tidak ada cara yang lebih hebat daripada membuat isteri anda gembira dengan godaan anda.

KLIK DI SINI UNTUK MENDAPATKAN PANDUAN 101 IDEA ASMARA dan tingkatkan keintiman hubungan suami isteri seperti baru berumah tangga.


0 comments: