Selasa, 7 Oktober 2014

Cara Puaskan Isteri Yang Sebenar

Ok, apakah cara puaskan isteri , yang sebenar?



Dah bermacam tips yang saya berikan, dan pelbagai teknik untuk puaskan isteri di ranjang, tetapi masih ramai yang gagal untuk mempraktikkan tips-tips yang saya berikan. Pelbagai alasan diberikan untuk menutup kesalahan diri sendiri.

Kenapa ini masih terjadi? Stop! Letak ego anda ke tepi seketika dan amalkan tips cara puaskan isteri yang saya berikan ni.

Seks bukan hanya di ranjang

Ramai suami yang masih belum menerima hakikat bahawa untuk puaskan isteri, anda perlu melayan isteri anda seperti permaisuri dan bukan sekadar objek seks.

Kebanyakkan suami cuma bersikap romantis dengan isteri hanya apabila mereka inginkan seks, dan seringkali pada kehidupan seharian mereka mengabaikan isteri dan melayan isteri dengan kurang intim.

Ini akan membuatkan isteri anda merasakan anda hanya menganggap beliau sebagai objek seks anda dan hanya diberi perhatian apabila anda berkeinginan.

Para suami perlu sedar bahawa hubungan seks bukan hanya di ranjang!

Goda isteri setiap hari

Walaupun anda tidak berkeinginan untuk bersama dengan isteri anda di ranjang, tidak salah jika anda menggoda isteri anda setiap hari.

Apa yang saya maksudkan ialah menggoda isteri dalam aktiviti seharian anda berdua. Tidak salah jika godaan anda berbaur lucah. Ini boleh merangsang nafsu isteri anda secara tidak langsung.

Bayangkan jika rutin kehidupan seks anda adalah seminggu sekali, iaitu pada malam Jumaat setiap minggu. Tetapi anda mula menggoda isteri anda bermula pada hari Isnin. Setiap hari anda memberi 'hint' atau 'signal' tersirat yang menunjukkan anda terangsang dengan beliau.

Sudah pasti isteri anda merasa diri dihargai dan tidak sabar-sabar untuk bersama anda ketika tiba masa untuk beraksi di ranjang!

Tingkatkan keinginan isteri

Kenapa anda perlu melakukan perkara-perkara ini sebelum seks yang sebenar?

Ini kerana isteri anda akan lebih puas sekiranya beliau bersedia dari segi mental berbanding fizikal. Seperti yang saya jelaskan dalam penulisan-penulisan saya sebelum ini, isteri dan kaum wanita secara amnya lebih mudah terangsang dengan emosi berbanding rangsangan fizikal.

Oleh itu dengan menggoda isteri anda pada setiap masa dengan gurauan atau usikan manja akan membuatkan isteri anda lebih bersedia ketika di ranjang.

Ini telah dibuktikan oleh kajian yang dilakukan oleh pakar-pakar seksual terhadap wanita dan tindakbalas mereka kepada rangsangan emosi.

Isteri yang mudah puas adalah isteri yang gembira

Kesimpulannya, isteri anda akan lebih mudah puas sehingga klimaks ketika berasmara sekiranya beliau gembira dalam kehidupan seharian.

Jadi menjadi tanggungjawab anda sebagai seorang suami untuk menggembirakan isteri anda dalam kehidupan berumahtangga. Jangan hanya fikirkan bagaimana untuk membuat isteri puas di ranjang, tetapi pula mengabaikan isteri dalam kehidupan seharian.

Saya jamin isteri anda tidak akan dapat memberikan 100% prestasi ketika bersama anda di ranjang jika ini berlaku.

So selepas ini sematkan di dalam minda anda, untuk membuatkan isteri puas ketika aktiviti seks, saya perlu membuatkan isteri gembira dalam kehidupan seharian. Jadikan perkara ini salah satu objektif anda dalam misi anda untuk memuaskan isteri sehingga beliau klimaks dan pancut.

Jika anda ingin mendapat tips tambahan bagaimana untuk menggoda isteri dalam kehidupan seharian, anda boleh dapatkan panduan 101 Idea Asmara yang diberikan percuma sebagai Bonus dalam Pakej Kamasutra Bergambar.

Klik di sini untuk mendapatkan Panduan 101 Idea Asmara dengan tips untuk menggoda isteri dalam kehidupan seharian.






0 comments: